Wednesday, March 31, 2010

budget


selalu dalam buku kata buat budget dan kalau boleh letak dalam sampul surat. saya pun buat tapi rasa macam duit tu tak cukup je untuk tajuk katakan makanan dan untuk hiburan ada lebih pula.
lepastu kena pula tulis dalam buku apa yang dibelanjakan..lagilah rasa macam tak cukup. jadi saya buat cara sendiri..minggu ini belanja 200.gunakanlah duit 200 untuk minggu ini.jika ada barang nak beli tapi tak cukup budget untuk minggu ini,maka barang itu akan di tangguh untuk minggu hadapan.tiada penambahan jika duit itu tak cukup.pandai-pandaila belanja untuk semua perkara..
jika ada kecemasan?namaye pun kecemasan,harap-harap tak selalu berlaku.setakat ini cara ini dapat mendisiplinkan saya dalam urus wang.

gambar hidupan





kesian kat haiwan ni terutama rama-rama sebab bila dah tersesat,jangka hayat tak lama,selalunya mati macam tu je,kalau ada sesiapa yang tahu cara awet haiwan yang mati ni...tolong bagitau ye....

Tuesday, March 30, 2010

simpan duit


cara nak simpan duit
cuba pinjam dari saudara mara yang agak berada juga
bagitau nak pinjam dan bayar sekaligus tahun depan
simpan dalam ASB atau tabung haji
ok sekarang katakan pinjam 1200
duit kena bayar jika setiap bulan 100,jadi pastikan simpan juga dalam akaun.sebenarnya cara ini untuk kita mendisiplinkan diri untuk bayar kembali duit hutang kita dan sekaligus dapat pula nanti duit tabungan kita.
cara ini berkesan kepada saya bila melihat duit dalam akaun makin banyak.
timbul rasa seronok untuk menyimpan bila tengok dah ada 1200 dalam akaun daripada simpan 100 sebulan dan tunggu 12 bulan untuk dapat 1200.
tapi disiplin kena kuat.

gambar kawan-kawan pindah






moga berjumpa lagi....
halalkan makan, minum dan kalau termengumpat....hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...