Sunday, January 30, 2011

NOVEL INTERLOK



Saya nak beri pendapat mengenai Novel Interlok..
saya setuju interlok tidak diubahsuai tetapi ditambah nota kaki...
saya juga setuju novel itu dikekalkan dan tidak dipolitikkan..


teringat suatu dahulu,semasa saya pergi tiusyen di sebuah rumah guru india yang ada di Malaysia,dia ada bagitau dia golongan brahmin.Jadi golongan ini ada kelebihannya dari yang lain dari semua segi,contoh katanya berkahwinpun tidak boleh dari golongan lain,mesti dari Brahmin atau ada satu lagi golongan yang bawah sikit je iaitu ksyatria (Brahmin (pendeta), Ksyatria (pemerintah dan pahlawan), Vaishya (peniaga), dan Sudra (buruh) ..yang bawah-bawah lagi langsung tak boleh.Maka saya setuju memang wujud banyak golongan dalam kaum india.Yang peliknya mengapa  sekarang nak ubah sejarah sedangkan buku itu bukannya tahun ini baru diterbitkan.Yang lebih pelik mereka juga tahu ada golongan berkenaan dan kita tidak pula mengatakan apa-apapun cuma ia satu fakta,sebab dalam islam tiada semua itu cuma takwa kepada Allah sahaja.
Saya yakin orang india yang bijak pandai sekarang takkan terusik dengan cerita yang sengaja diperbesarkan ini....




Sunday, January 23, 2011

pengalaman dengan pejabat tanah

susah dan menyusahkan rasaye...
baru-baruni aku pergi selesaikan tanah mak di iskandar.Di sana kena matikan setem hasil. tanah tu pajakan negeri jadi kena setelkan di ipoh untuk pindah milik.Masa kat pejabat tanah tu ada aku tanya yang ni boleh proses ke kat sini,encik yang kat kaunter tu kata boleh,aku dah musykil sebab aku pernah juga selesaikan bab tanah aku dulu..kes dia sama macamni.dah dia kata macamtu,aku pun ambilla nombor giliran..rasaye aku yang ke lima..sampaije ke kaunter,aku nak selesaikankanla proses pertukaran nama,time tu aku takde kebenaran menteri besar,salinan tu ada kat tuan tanah dulu lagi(timetu dia dah tengok dokumen aku tapi dia tak kata apapun pasal pertukaran hak milik tu boleh ke tidak buat kat situ).
Aku pun telefonla tuan tanah dulu tu minta dia datang bawa surattu dan kebetulan ada la kawan bapak kat situ tanya masalah kami...dialah bagitau yang proses tu mesti buat kat ipoh dan mesti ada surat kebenaran menteri besar dan cukai tanah mesti dibayar untuk tahun berkenaan.Aik...orang lain yang bagitau tolong ingatkan,time encik tu tengok dokumen tu tak kata apapun,jadi saya pi tanya orang sebelah encik tu,betulke prosesni kena buat kat ipoh...timetu la baru encik tu nak tengok betul-betul dan tanya kawan dia.Hemmm dalam hati janganla letak orang yang tak tau buat keja,pastikan dulu orang tu berpengalaman dalam proses dokumen ni...katalah saya dah dapat surat-surat berkenaan dan lepastu ambil sekali lagi nombor giliran dan bila time giliran dia baru nak kata kena buat kat ipoh...ada panas tak kalau korang yang kena.......
itu cerita kat iskandar,sampai kat ipoh pi tanya kat kaunter pertanyaan dan nombor giliran..saya tanya nak buat tukaran hakmilik,encik kat situ cakap kena pi tingkat satu ,saya tanya lagi bila pula tukar kat atas,dia bagitau baru je tukar...aku pun naik atas dan sampai atas orang tu kata kena buat kat bawah..fuh sabar ajalah,nasib baik dia tolong turun kat bawah dan tanya orang yang kat kaunter pertanyaan tu,pandai pula dia dolak dalih cakap aku nak buat carian hakmilik.padahal time aku tanya tu dia ulangbalik ayat aku tu...
lepastu aku dapat nombor giliran dan sampai ke kaunter,orang kaunter tanya borang biru..aku tanya balik mana aku nak dapat borang biru,dia kata kat kaunter pertanyaan tadi....astaga orang yang duduk kat kaunter pertanyaan tu kalau taknak buat kerja,tak payah datang kerja..menyusahkan orang..oklah aku muda lagi..kalau dapat yang tua bukanke naya dibuatnya.aku pun pi minta borang biru kat dia,dia masatu asyik borakje dengan orang yang baru buat pertanyaan.aku rasa elok tempat pertanyaan tu tukar nama tempat berborak....

lepas buat pembayarantu dah orang nak solat jumaat..takpelah aku kena tunggu sampai kul 3...sampai kul 3,akupun terus pi kaunter tanya status.lepastu aku dan mak aku dipanggil dan jawapan yang paling best,permohonan ditolak sebab takde tandatangan dari pejabat tanah seri iskandar kat bahagian matikan setem......sabar-sabar..orang tu kata bukan salah kita orang tapi.....yang korang buat keja macam tak reti buat keja kenapa (dalam hati je ayat tu)....dari seri iskandar ke ipoh dan sekarang kena patah balik seri iskandar hanya untuk ambil tandatangan yang tentu bukan disebabkan salah kita orang..sampai kat iskandar,aku taknak keluar keta..takut hilang kesabaran...sepanjang waktu tu alhamdulillah aku masih bersabar lagi..proses tu terpaksalah ditangguhkan sebab dah tak sempat dah nak balik ke ipoh,time tu dah 4,30 ptg dahpun.nanti aku kena ambik cuti lain untuk tolong setelkan tanah mak aku ni..

kalaulah mak ngan bapak aku je pergi....kena macamtu...korang rasa patutke....minta sangat pastikan orang yang duduk dikaunter kurangkan bagi masalah kat pengguna.pastikan juga orangtu berpengalaman atau ada orang sebelah dia untuk pantau jika dia orang baru....kat iskandar sepatutnya ada juga kaunter pertanyaan untuk orang bertanya..maklumlah bukanye kaya nak buat tiap-tiap bulan tukar nama....kadangkala lupa juga sebab mungkin 2-3 tahun pernah buat prosestu,tentulah pengguna dah lupa.apapun dari segi layanan alhamdulillah,yang tu boleh puji...senyum dan bercakap dengan sopan santun...sikitje lagi tingkat perkhidmatan yang cemerlang...

Saturday, January 22, 2011

perancangan kewangan

 
  Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.


 
  Selepas anda menentukan matlamat anda, mulakan dengan membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik agar matlamat anda mudah dicapai. Ingat bahawa matlamat anda buat masa yang terdekat ini bukanlah untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi mengenal pasti tabiat berbelanja anda. Melalui pemerhatian ini, anda dapat mengetahui:
 
  • Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
  • Berapa banyak hutang anda setiap bulan
  • Berapa baki wang anda yang masih tinggal di penghujung bulan
   
  Jika wang anda tidak berbaki pada penghujung setiap bulan, sudah tiba masanya anda menilai tabiat berbelanja anda. Teliti semula semua perbelanjaan anda dan tentukan sama ada apa yang telah anda beli ialah barangan yang anda benar-benar perlukan atau hanyalah memenuhi kemahuan anda. Perhatikan sama ada:
 
  • Anda menggunakan simpanan untuk membayar bil semasa
  • Anda memohon pinjaman baru untuk melangsaikan hutang pinjaman lama
  • Hutang anda lebih besar daripada pendapatan
  • Anda membeli sesuatu tanpa memikirkan sama ada anda mampu atau tidak
   
  Pelan perbelanjaan membantu anda merancang kewangan. Anda boleh mengesan ke mana duit anda dibelanjakan seterusnya mengelakkan kebanyakan perbelanjaan tersebut dan mula merancang simpanan anda. Mulakan pelan perbelanjaan anda dengan panduan mudah berikut:
 
  • Tentukan jumlah pendapat bulanan anda
  • Tambah jumlah perbelanjaan termasuklah bil bulanan, bayaran balik pinjaman, sewa, perbelanjaan seharian dan lain lain
  • Ketepikan sejumlah wang untuk kecemasan dan perbelanjaan bermusim (seperti yuran sekolah, musim perayaan, cukai jalan, pembaharuan insurans dan lain-lain)
 
Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.
 sumber:bankinginfo




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...