Tuesday, December 20, 2011

Muhasabah diri

Hari ini baca al-Quran tak?
Ingat itu kata-kata Allah yang menjadikan kita.bacalah walaupun tafsir...

Menunaikan ibadat Haji

pemergian kami (saya,suami,bapa dan mak) menunaikan haji ke Mekah pada tahun ini akhirnya dapat dengan membuat rayuan.kami menggunakan khidmat pakej cs  holidays.Disana cuaca Mekah seperti cuaca di Malaysia iaitu dalam lingkungan 30C.Kami mengerjakan haji ifrad. Apabila tiba wukuf di arafah,kami kena tidur semalam di arafah sebelum masuk wukuf dan mabit di mudzalifah dan seterusnya berada di mina.khemah berasingan semasa di mina dan arafah.Saya harap jika ada ibu-bapa yang sudah tua dalam lingkungan 70 tahun.janganlah dibiarkan pergi tanpa waris sama jantina.Ini kerana semasa di arafah dan mina khemah tak sekali.Jika sakit atau mengalami kesulitan,sekurangnya ada waris terdekat dan boleh jaga.
Tahun ini tahun sedih sebab mak dah pergi ke rahmatullah semasa berada di Mekah.Harap mak diredhai oleh Allah.Mak pergi hanya beberapa hari saja sakitnya.Allah sayang kat mak.Insyaallah,saya pun nak macam mak jika diizinkan oleh Allah untuk meninggal di Mekah.
Moga kami semua dapat kembali ke Mekah untuk ziarah mak.....amin
Akhirat itu lebih baik dan kekal,sedangkan dunia ini hanyalah sementara....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...