Friday, April 30, 2010

1 Mei Hari Pekerja



Selamat menyambut hari pekerja (1 Mei).Ucapan ini ditujukan kepada semua rakan-rakan sepejabat dan seluruh pekerja di seluruh Malaysia (dah macam ucapan raya pulak)
soalan yang nak saya tanya?
1. seronok tak kerja sekarang ni
2. adakah kerja ini dibekati Allah
3. Adakah kita gembira dengan apa yang ada sekarang

Walau apapun yang kita buat,atau apa yang akan dibuat,fikirlah untuk 5 perkara
senang sebelum susah
muda sebelum tua
sihat sebelum sakit
kaya sebelum miskin
hidup sebelum mati

Gambar Masjid replika di Tamadun Islam Terengganu

Sebahagian gambar replika masjid




Wednesday, April 28, 2010

aktiviti :pemenang futsal dan latihan kebakaran

yang gambar fire drill berlaku tadi,kerjasama dengan bahagian keselamatan kolej dan bomba.





Harini pelajar dapat hadiah sempena perlawanan futsal yang diadakan pada 24 april 2010.yang dalam gambar tu dapat nombor 3,yang dapat nombor 1 tak sempat cari orangye..
tahniah kepada semua pemenang.


Tuesday, April 27, 2010


Masak hitam ni terkenal kat tempat saya..terutama perencah masak hitam Mak Long..cakapje orang sini dah tau sedapye.buatpun senang..semua bahan dah tersedia didalamnya..sesiapa nak cuba bolehla singgah di kedai yaya.com

harganya 3.50 satu,kalau beli 5,dapat kos penghantaran free je.
Saya suka perencahni..sebab itu saya nak kenalkan pada kawan-kawan.

Saturday, April 24, 2010

gi kursus umrah


Hari ini pergi kursus Umrah yang akan dibimbing oleh ustaz Fahmi.Dijangka akan bertolak pada 2 Jun dan balik 14 Jun.Bila dah pergi kursus,terasa semangat nak jejak kaki ke sana.Terasa seronok dan tak sabar-sabar pula.
Semalam...kena suntikan wajib sebelum pergi umrah,jika takde suntikan,kataye tak boleh dapat visa umrah.
bayaran nak ke umrah RM5950,dah bayar tadi dan dapat pula beg besar dan kecil.Ini pertama kali nak ke sana...

Thursday, April 22, 2010

siput babi

besar sikit siput babi ni...


gambar pameran fesyen bagi program fesyen dan pakaian:tajuk:Gaya 60-an

Tuesday, April 20, 2010

kerja untuk bayar pada orang lain????


tentu ada yang dah baca mengenai rate race..
tikus yang hanya tahu berpusing dan berpusing ditempat asal, yang dapat hanya letih.Kita pun macamtu ke??
masa mula-mula baca artikeltu,aku rasa betulla..kerja untuk kita bayar itu ini..kerja untuk membuat orang lain gembira..naik gajipun rasa masih tak cukup-cukup jugak
macamana kerja yang tak ikut rate race...hemmm..itu bermaksud,jika kita ada pertambahan gaji tahunan,cuba simpan duit itu untuk keselesaan akan datang.Bukanlah kita kedekut cuma....duit hari ini untuk mendapat lebih pada waktu akan datang..dan kalaulah masa tu harga barang naik mendadak,kita masih ada duit lebihan ini untuk tampung perbelanjaan.Itulah yang mungkin dikatakan keluar dari permainan rate race..sedikit demi sedikit kita boleh capai kewangan yang terbaik.
sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit

Monday, April 19, 2010

jalan-jalan di muzium negara





dari tempat saya ke KL ambil masa 5 jam..jauh tu.pi rumah saudara,bawa ke muzium negara dan tengok sekarangni mengenai pameran keranda(oklah masuk RM2 je).Tanya gak,pernah gi tak muzium selama duduk KL jawabye hehe tak pernah.emm..
takpe,nasib baik saya datang..hohoho
lepastu masuk bahagian asia (yang ni free je)muzium ni besar gak,masuk lagi satu lagi bahagian,kena lagi RM2 dan ada beberapa bahagian iaitu bahagian zaman awal,zaman raja-raja,zaman yang lain tak sempat naik kat tingkat 2(letihla pulak).ditengah ada gambar siti,gambar erra,mawi,anita sarawak dan lain-lain dengan menunjukkan pakaian atau perhiasan mereka.
Lepastu pi pula bahagian orang asli(yang ni free).lepastu balik...boleh tahan,rasaye 3 jam baru cukup jalan-jalan kat muzium ni.petangye balik ke perak.
Satu je..hehehe,dari segi kewangan tak bersedia sebab tiba-tiba pergi,seronok jugalah jalan-jalan tetapi nak beli itu-ini terhad sikit..maklumlah hujung bulan.Kalau ikut pengalaman ni rasaye kena ada 300 baru best
iaitu 100 (pengangkutan),
100(makan-makan) dan
100(beli barang)
ada gambar kucing..comel gitu,depa beli..

Friday, April 16, 2010

main bowling dengan rakan setugas

Balikje dari cuti,bos bagitau nak main bowling persahabatan dengan rakan setugas yang lain.Bertolak pukul 12 tghri dari pejabat.OKlah jugatu,tengok dulu kerja apa yang patut dibereskan dan lepastu lepak main bowling.Best gak tapi tak menang,biasalah masuk longkang(kalau depa tak buat longkang,confirm menangkan..)
Bermain juga adalah satu cara mengurangkan memikir mengenai kerja.Hidup takde masalah,maknaye tak meriah.ada masalah bermakna otak berfikir dan memberi kita pelbagai pilihan.Pilihan itu pula adalah kadangkala betul dan kadangkala salah..yang penting kerjalah kerana tanggungjawab itu telah diberi oleh Allah.








gambar kawan-kawan..yang dapat hadiah tu cik liza& en. Hezry (dapat tempat pertama..tahniah beb)

Wednesday, April 14, 2010

melancong ke kampung sendiri


balik kampung,rehatkan minda dan taknak fikir langsung pasal kerja.Tempat yang paling bagus adalah kampung sendiri.
Bangun pagi tengok makanan mak dah sedia (hehe..)
main-main dengan anak saudara (gambartu oni namaye,baru bangun dari demam)
Lepastu jalan-jalan ke manjung (pi pasaraya,pi pantai teluk batik,pi lumut)
Balik ke rumah..rehat dan makanan mak dah sediakan (hehe)
malam kul 10 dah tido.
percutian yang paling bagus....merapatkan silaturrahim dan lupa kerja seketika

Sunday, April 11, 2010

rama-rama berbentuk ular

cantik dan mangasyikkan melihatnya...(dari blog muazlumut)


Saturday, April 10, 2010

hartanah


cerita pula mengenai hartanah,ternyata pelaburan yang paling baik untuk akan datang,bukan untuk sekarang.pengalaman saya di gugusan perak ini,sewa tidak dapat lebih dari bayaran bulanan rumah.Apa yang boleh buat hanyalah sewa hanya boleh menampung bayaran bulanan dan tidak dapat dijadikan sebagai income pasif.Jadi secara tersiratnya rumah itu dibiayai oleh penyewa dan kita masih tuan rumah..Bila dah habis bayar,barulah rumah itu dijual dan barulah dapat pulangannya.
SABAR..lama-lama pasti jadi bukit.

alkhalil akram(4 tahun)




anak saudara aku tuh....comel tapi garang sikit.sekarang ada kat sungai petani,hobi dia main kereta mainan.banyak kereta mainan dia dalam beg sekolah dan bawa jalan-jalan beg tu,jeles dengan adik dia,bila tanya siapa buat,mesti jawab adik dia buat.

khidmat masyarakat di pondok air jernih ulu kederung

bersama-sama JPP (Jawatankuasa perwakilan pelajar) membuat gotong royong pada hujung bulan 3.2010.Pondok adalah kepunyaan Ustaz Fahmi,salah seorang staf di KKGP


Gambar Gempa Bumi di Padang

Berada di padang sebulan selepasa gempa melanda..rasa macam nak pergi ke tak,takutgak tapi kuatkan semangat jugalah.disana tidak semua yang binasa,kelihatan seperti gelombang gempa seperti beralun dimana rumah yang terkena gempa binasa tetapi sebelahnya pula tidak binasa.yang paling menarik sebuah rumah kayu kecil langsung tiada kesan kena gempa sedangkan disebelahnya bangunan besar runtuh sama sekali.mungkin kayu boleh beralun tetapi bongkah bata tidak boleh.
kebanyakan yang kena gempa membuat khemah didepannya untuk tinggal sementara.

Friday, April 9, 2010

sibuk buat kita lupa shopping


eh betul ke...betul la tu,bila sibuk rasaye waktu berlalu begitu sahaja dan dah dekat hujung bulan,duit ada lagini tak habis bulanni.Sibuk membuatkan aktiviti shopping sedikit terbantut dan tak sempat nak fikir apalah nak dibeli.Jadi duit tu dapatla disimpan atau merancang aktiviti jalan-jalan Malaysia.

Lawatan PC Fair Pulau Pinang (9 April 2010)






Baruje balik dari PC fair Penang,bawa pelajar seramai 26 orang.Jumpa pula kawan lama dari Poly,satu tempat belajar kat U.Rasaye baru semalam tinggal poly.
Bertolak dari sini jam 8.30 pg dan sampai jam 9 malam.

Thursday, April 8, 2010




Gambar pelajar saya sesi jan2010.semester 4.Diambil pada program seminar di KKGP baru-baru ini

sihat itu nikmat


sihat fizikal adalah bermakna sihat semua anggota badan.Jika sakit bermakna kenalah berjumpa doktor.Bila sakit tak juga sembuh,berbagai cara akan dicari untuk mencari penyembuhnya.Pada waktu itu duit bukanlah segalanya.
Tetapi untuk memastikan ada duit pada waktu kecemasan,cara yang paling terbaik adalah

1.dapatkan insurans untuk penyakit kritikal
2.Simpan dana kecemasan (simpan lagi hehe..)
3.kad kredit untuk kecemasan (betul-betul untuk kecemasan)

Sebenarnya kadangkala adalah berpunca daripada makanan yang kita makan.Jaga pemakanan dan pastikan makan di tempat yang bersih.

Tuesday, April 6, 2010

Mari melancong






Melancong adalah satu perkara yang paling best tetapi paling banyak menggunakan duit.
Impian saya ialah setahun sekali melancong ke luar negara. Tahun lepas saya melancong ke Padang-Bukit Tinggi.Lepastu fikir balik,kalau dah nak keluar negara,apakata pergi dulu umrah jadi Tahun ni nak pergi umrah dahulu..insyaallah bulan 6 akan ke sana.Naik haji dah daftar dengan tabung haji,insyaallah umur 40 baru naik haji...Tahun depan rasa-rasaye nak pergi manaye...tengok budget dulu dan lebihan duit nanti..jika tiada sebanyak itu,dalam negarapun best gak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...