Sunday, May 30, 2010

Hai cik Oni

di rumah pengantin perempuan


Selamat Pengantin Baru kepada Shahrul dan Ana






moga diredhai oleh Allah
Perjalanan ke Kuala Kangsar,destinasi Kampung Talang.Menarikye kampung ini,kedatangan kami disambut dengan meriam besi,bunyinya fuh...terangkat pinggan.nasib baik tak lemah jantung.Kata orang disini,itu adalah tradisi dan kalau malam raya,mereka akan bermain sampai pagi mengambut hari raya...
kami bertolak dari rumah lelaki pukul 11.30pg dan disepanjang perjalanan ke rumag penbgantin perempuan,ada 3 buah lori besar membawa batu jalan..ish..ish...abis kereta orang,batu tu jatuh tergolek je kejaye..nak potong susah,jalan bengkak bengkok tapi sampai juga dalam pukul 1.30 ptg.bila pengantin sampai,orang kampung berarak sambil bermain kompang dan selepas itu makan-makan..sedap makanan orang sini,perutpun tak memulas bila balik rumah.lepastu bersanding dan lepastu balik...

Sunday, May 23, 2010

Perasmian Pecah tanah di Pondok Air Jernih




Dirasmikan oleh mufti Perak.Dato Seri Harussani.Pertama kali melihat dato seri secara live dan pertama kali melihat dia ceramah.Pada pendapat saya setiap butir yang dikeluarkan adalah sesuatu pengetahuan baru yang saya tertunggu-tunggu.
Sempat beliau mengatakan dalam forum perdana semalam (juga diadakan di pondok Air Jernih sempena maulidur rasul peringkat Hulu Perak) bahawa bahaya umat islam di seluruh dunia adalah berlakunya perpecahan.Oleh yang demikian jadikanlah dalam diri mengikut ajaran islam,selepas itu diterjemahkan kepada masyarakat dan seterusnya di bawa ke negara.Itu adalah cara sebaik-baiknya bagi kebangkitan Islam.Bermakna semua orang mesti ambil peranan.Saya tidak minat dengan politik...saya berminat dengan ilmu pengetahuan beliau.Moga beliau dirahmati Allah.

Saturday, May 22, 2010

Masalah kewangan


saya hampir-hampir membiarkan diri terjerumus dalam masalah kewangan.Saya cadang nak beli sebuah rumah di kawasan kerja dengan nilai sebulan mungkin dibayar RM1k.Memang mampu tetapi fikir dan terus fikir dan terus lagi fikir dan akhirnya saya kembali membaca buku yang sepuluh kali saya dah baca dan satu hot button buat saya tersedar kembali..hidup mengikut kemampuan....
Boleh saya membeli jika saya nak tetapi banyak yang perlu dikorbankan sedangkan setakat ini saya gembira dengan cara hidup sekarang...nak pergi dan beli apa-apapun tiada masalah. Andaikata saya beli berkemungkinan saya akan berubah cara hidup sementara gaji nak naik...macam mimpi ngeri...Akhirnya saya baca lagi buku-buku pengurusan kewangan kembali dan sentiasa mengingati diri kembali.biar hati tenang dan biar kita menjadi tuan pada duit kita.

Tuesday, May 18, 2010

Gambar cik Oni


tazkirah di hostel pelajar



Tazkirah ini telah dijayakan oleh Ustaz Fahmi dan dibantu oleh En., faizal,
en. Amir dan Pn. Hazila (saya tu...)Program bermula pada pukul 9 malam.Antara aktiviti program adalah solat berjemaah,tazkiran dan makan malam.Diharapkan program ini dapat mengeratkan ukhwah antara pelajar dan staf kolej

pemantauan penilaian dari KL



hari ini orang KL turun untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.Wakil yang turun adalah dari JPKK,Kolej Chenderuh dan Kolej Arau.

Sunday, May 16, 2010

dapat duit tanpa bekerja????


Juga menarik dan patut anda baca (juga dari artikel:Artikel ini ditulis oleh Dr. Azwan untuk www.BicaraJutawan.com



"Kisah Dolah dan Mamat - The Parable of the Pipelines"..
Saya pernah bertanya kepada diri sediri, bagaimana mendapat duit tanpa bekerja? Mana logik? Saya juga ada bertanya kepada ramai orang termasuk adik-adik siswa dan siswazah lepasan Universiti.. Bagaimana kita boleh dapat duit walaupun kita tidak bekerja... Dan rata-rata tidak boleh menjawab soalan itu... soalan yang mudah tetapi jawapannya begitu sukar... Ini adalah kerana tidak ramai remaja, siswa dan siswazah kita dan kebanyakan orang ramai yang faham tentang pendapatan pasif ini. Mereka dididik untuk menjana pendapatan aktif sahaja. Kerja tulang empat kerat sehingga terputus nafas. Di dalam universiti tidak ada silibus tentang pendapatan pasif dan juga ia tidak diajar secara formal.

Pendapatan Pasif boleh dijana antaranya melalui :-

1. Membeli rumah dan kondo untuk disewakan ataupun dijual selepas harga naik "capital appreciation"

2. Berurus niaga saham secara pasaran terbuka, atau melalui saham amanah yang membawa pulangan setiap tahun secara dividen ataupun melalui capital appreciation.

3. Mempunyai asset perniagaan yang menjana wang setiap walaupun tanpa kehadiran anda.

4. Memegang status di dalam portfolio syarikat yang menjana wang melalui pegangan saham di dalam syarikat.

5. Melalui royalti seperti penulisan buku, penghasilan album dsbg

6. Melalui pelaburan-pelaburan lain seperti bon, deposit tetap dan sebagainya.

Ini adalah antara pendapatan yang boleh menjana wang ketika anda tidur dan goyang kaki. Di samping itu, adalah sangat penting untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti Doodads. Membeli barangan, atau pelaburan untuk sesuatu yang susut nilai atau "depreciative" adalah sesuatu yang sepatutnya dikurangkan.

FINANCIAL FREEDOM atau kebebasan kewangan adalah sebenarnya sesuatu yang sangat bernilai. Memang benar wang bukanlah adalah segala-galanya. Bak kata Mentor saya Sdr. Azizi Ali, wang tidak boleh membeli kebahagiaan. Tetapi untuk menjadi bahagia kita memerlukan wang. Bagaimana ingin hidup bahagia sekiranya terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah ramai pasangan yang bercerai-berai kerana masalah kewangan yang menimpa.

Menjana Pendapatan pasif bulanan melebihi beban kewangan bulanan adalah jalan menuju ke Kebebasan Kewangan. Sekiranya kita mempunyai 5 buah rumah yang disewa dengan lebihan RM 200 sebulan, kita telah menjana pendapatan pasif sebanyak RM 1000 sebulan dengan goyang kaki (bab pening kepala kita kemudian cerita).

Ada seorang jururawat berbangsa cina yang saya kenal di hospital Kuala Lumpur yang mempunyai suami yang memiliki 3 buah kedai yang disewa. Kedai pertama di Balakong disewa dengan RM 10,000 sebulan dan bayaran ke bank RM 5000 - menjadikan aliran positif RM 5000, sebuah kedai lagi mendapat pulangan positif RM 2000 dan sebuah rumah yang dibeli tetapi belum lagi disewakan. Aliran pendapatan pasif suaminya sahaja sebanyak RM 7000 sebulan! Itu yang diceritakan kepada saya sahaja. Baru-baru ni jururawat tersebut ingin membeli sebuah rumah dari developer YTL yang bernilai RM 1 juta!! Biasalah kan orang cina... Adakah bangsa lain sahaja layak untuk mendapat kenikmatan seperti ini?

Saya sebagai orang melayu tidak boleh kah? Saya juga inginkan pendapatan yang serupa. Saya tak mahu kerja teruk-teruk sehingga umur saya mencecah 55 tahun dan saya dapati saya terpaksa bekerja lagi untuk menampung perbelanjaan bulanan saya setiap bulan. Paling menakutkan ialah menjadi miskin ketika umur kita 56 tahun!!

Saya mahu pendapatan aktif saya ditukarkan kepada pendapatan pasif. bagaimana caranya??

RAT RACE-artikel yang bagus


Artikelni saya baca dan baca berulangkali dan pendapat saya..amat bagus dan bila direnungkan.....

Artikel ini ditulis oleh Dr. Azwan untuk www.bicarajutawan.com

http://drazwan.blogspot.com/2007/06/cashflow-101-rat-race.html

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh...

Saudara saudari yang dihormati,

Pernahkah saudara/i membela tikus putih atau hamster?. Di dalam kandang kecil tempat ia bermain itu terdapat satu jenis alat permainan tikus yang berbentuk seperti Eye on Malaysia. Tikus putih atau hamster ini akan menghabiskan masanya berlari di dalam kitaran itu dan berlari dan berlari dan terus berlari... tetapi secara ironinya... dia tidak ke mana-mana, tempat nya masih sama. Tiada perubahan dari segi jarak tetapi saya yakin larian itu cukup memenatkan... tidak percaya, cuba bayangkan kita pula berada di tempat itu...

Robert T. Kiyosaki ada menyebut tentang putaran ini yang dipanggil "RAT RACE". Ya... rat race atau perlumbaan tikus ini berlegar di satu tempat yang statik. Kita bergerak dan berpusing menggunakan seluruh tenaga tapi secara realiti, kita tidak ke mana-mana. Kita masih di takuk yang sama sebagaimana yang kita mula dahulu.

RAT RACE boleh diterjemahkan di dalam kehidpan kita sehari-harian. Saya ingin memberi satu contoh. Di dalam contoh ini kita adalah tikus yang berlari itu. Ahmad yang baru sahaja menjadi lepasan universiti mendapat gaji RM 2600 sebulan sebagai seorang jurutera muda. Selepas membeli sebuah kereta Honda dengan bayaran RM 700 sebulan dan sewa rumah sebanyak RM 800 sebulan. Beliau perlu membayar PTPTN sebanyak RM 300 sebulan dan mengirim kepada ibu bapanya sebanyak RM 300. Baki RM300 sebulan digunakan untuk keperluan perbelanjaannya. Baki gaji : Ahmad menyimpan sebanyak RM 100 sebulan.

Setiap tahun gaji dinaikkan sebanyak RM 150. Sekarang gaji beliau selepas 2 tahun bekerja ialah RM 2900. Beliau ada sedikit simpanan. Namun beliau merasakan sudah sampai masanya dia berumah tangga. Ahmad kahwin dengan seorang guru yang bergaji RM 2000. Hendak berkahwin kena besar-besaran... pinjaman peribadi dari bank rakyat diambil sebanyak RM 30,000, dan bayaran kepada bank adalah sebanyak RM340 untuk 8 tahun.

Jumlah gaji mereka semakin besar iaitu RM 4900 apabila dicampurkan suami isteri. Mereka mula berfikir sampai bila nak duduk rumah sewa. Kata sepakat diambil. Sebuah rumah kondominium dengan harga RM 170 000 dibeli. Sesuai dengan kehidupan mereka yang ranggi dan on-the-go. Sebulan bayaran rumah ialah sebanyak RM 1000.
Untuk memudahkan perjalanan ke tempat kerja, sebuah kereta proton iswara dengan bayaran bulanan RM 500 dibeli (+ RM 700 kereta honda = RM 1200). Bayaran pinjaman PTPTN jikalau dicampur kedua-duanya ialah RM 600 sebulan. Wang perbelanjaan Ibu dan ayah untuk kedua-dua belah family dianggarkan lebih kurang RM 600 (RM 300 sebelah). Wang pinjaman personal loan harus dibayar setiap bulan RM 340. Minyak pula naik harga, kereta 2 buah mesti diservis, rumah harus dibeli perabot, TV skrin besar, meja makan kayu jati, fridge 3 pintu, sofa IKEA, tilam chiropractic... semua nya dibeli sedikit-sedikit setiap bulan... Akhirnya... adalah sikit gaji yang tinggal... RM 100-200 sebulan juga untuk disimpan.

Suatu hari terdengar pula berita gembira... isteri mengandung kali pertama... Alhamdulillah... Ahmad terlalu overexcited... kena buat persiapan untuk melahirkan anak di kelas pertama, hospital swasta. Sekarang kena beli katil baru untuk anak, susu, pampers, etc. Berita baik sekali lagi muncul... bagai dikata orang... rezeki anak, Ahmad dinaikkan pangkat menjadi ketua jurutera. Gaji bertambah sebanyak RM 500. Tetapi tugasan bukan seperti dulu, kerja semakin bertambah, masa bekerja juga semakin bertambah, kalau dulu kerja 8 jam sekarang pukul 8 pm baru balik dari pejabat... masa dengan famili semakin singkat.

Setelah anak masuk 2, terasa rumah semakin kecil. Kondominium sudah tak beberapa sesuai untuk membesarkan anak. Sekarang rumah 2 tingkat superlink berharga RM 350 000 dicari. Sebulan bayaran sekadar RM 2500 sebulan. Mampu dimiliki kata Ahmad. Kereta Honda juga dirasakan kecil... Sekurang-kurangnya MPV baru mesti dibeli... Harga paling kurang RM 120000 standard MPV skarang. Hutang semakin meningkat.

Ahmad semakin sibuk dengan urusan pejabat. Kadangkala dia pulang lewat setiap malam. Masa untuk diri sendiri dan keluarga semakin sikit. Gaji yang banyak habis dibelanjakan setiap bulan. Semuanya untuk menampung keperluan hariannya. Dia bekerja semakin kuat kerana mahukan gaji yang lebih... setiap kali dia kerja keras, gajinya meningkat...tetapi tugasannya semakin banyak.... dia terus bekerja dengan lebih keras... masanya semakin kurang.... Hari Sabtu dan Ahad beliau masih dipejabat.. Out station semakin banyak.... dan....

Sehingga suatu hari... beliau mendapat sakit dada.... Nafas semakin sempit. Peluh membasahi kepalanya. Dadanya berombak-ombak. Ahmad terpaksa dimasukkan ke Hospital... beliau telah didiagnosis mempunyai sakit jantung... iya.. Masalah seperti ini boleh terjadi kepada saya dan anda... Inilah putaran"RAT RACE". Serupa seperti tikus tadi.. berpusing ligat di dalam mainannya.. tetapi sebenarnya ia cuma satu bulatan yang berputar pada paksi yang sama.. tidak bergerak walaupun seinci.

Ahmad kerja kuat setiap hari, cuma menghabiskan wangnya dengan "DOODADS". DOODADS adalah satu perbelanjaan yang tidak menambahkan keuntungan kepada Ahmad. Beli kereta besar untuk diri sendiri, beli rumah untuk diri sendiri (Ya tuan dan puan, membeli rumah besar untuk diri sendiri adalah satu liabiliti kerana ia tidak menjana wang), hutang kredit kad, beli komputer dan perabot baru.... semuanya akan menambah perbelanjaan kita dan mengurangkan aliran tunai masuk ke poket kita... Bagaimana kehidupan Ahmad selepas dia sakit? Dia tidak lagi boleh bekerja kuat dan kemungkinan dia diberhentikan atau direhatkan. Jika dia diberhentikan sekarang bagaimana dia ingin meneruskan hidupnya dengan perbelanjaan bulanannya yang tinggi?

Saturday, May 15, 2010

Simpan duit dalam ASB


simpan duit dan jangan ambik...tapi bagaimana...
simpan duit anda yang tak pernah guna...mana ada yang tak guna,semua dah guna...
ada.....duit dalam KWSP,jika anda seorang kakitangan awam dan ambik opsyen pencen,maka duit KWSP mesti nak keluarkan..takpe keluarlah tetapi ingat bulan-bulan yang duit KWSP tu masukkan dalam ASB atau Tabung Haji.Bayangkan itu adalah duit untuk hari tua(buat pemotongan gaji).Cubalah....

Tuesday, May 11, 2010

marilah belajar di Kolej Komuniti





(aktiviti pelajar)
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Hari ini nak formal sikit (heheheh)
kepada adik-adik yang tak berpeluang sambung belajar di IPTA,jangan lupakan Kolej Komuniti kerana Kolej Komuniti juga adalah IPTA.
Adik-adik yang belajar di Kolej akan mendapat elaun sebulan sebanyak RM250(apa nak lagi,belajar dan bagi elaun lagi tapi pendapatan keluarga 1500 kebawah. Kepada yang tak mampu untuk bayar yuran masuk (biasala..masuk cecah gak ratusan),baitulmal boleh tolong,adik pergi je ke pejabat agama yang berdekatan dan bagitau nak minta tolong bagi bayaran masuk institusi,selalunya dapat RM400 (tak perlu bayar balik)
Gagal dulu masa SPM tidak mencerminkan gagal akan datang..yang penting siapa suatu hari nanti kita nanti...oh ya..syarat mestilah sekurangnya lulus BM..(syarat paling minimumtu).Alhamdulillah..pelajar dari kolej ada yang telah bekerja di luar negara,sambung belajar,dah jadi tokey kedai dan ada yang jadi pensyarah pula...
ingatye adik-adik...dimana ada kemahuan..disitu ada jalan...

Monday, May 10, 2010

semalam Hari Ibu


pada saya hari-hari adalah sentiasa mengingati mak dan bapa,dapat tau sakit je..terus jenguk dan sanggup ambik cuti jika sakit berlanjutan.Sentiasa kalau boleh setiap minggu balik walaupun jauh jarak perjalanan 2 jam sampai kampung.Tiada apa yang paling penting adalah mendoakan mereka..moga masa yang masih ada ini,dapat berbakti pada mereka...

Sunday, May 9, 2010

yang pakar,boleh minta SKM 1,2 dan3


hemmm...ada yang berminat untuk jadi pensyarah..tahniah..saya akan cerita bila ada 10 orang yang tanya...hehehe....hari ni nak cerita mengenai...
nak cerita menegnai SKM iaitu sijil kemahiran Malaysia.Orang kuat SKM datang dan bagitau,jika anda sudah lama dalam bidang dan rasaye pakar dalam bidang berkenaan..anda boleh menggunakan kepakaran anda tanpa perlu memasuki mana-mana pusat bertauliah.syaratye mesti menunjukkan profile dan bukti yang ada..dan yang paling best boleh pula jadi tenaga pengajar bagi pusat yang buat MLVK sebab siapa-siapa yang nak mengajar,kena lalui beberapa perkara..antaranya
1. kursus cam induksi
2.kursus VOT (macam train tenaga pengajar)
3.mesti sekurangye tahap 3 (yangtu kalau ada kkepakaran,kita cuma minta dia check profile kita untuk tukarn kepada SKM 1,2 dan 3 (tahap 3 kataye macam diploma).Kalau takpun kita pi belajar gitu..

sesiapa yang berminat...lagi sekali cukup 10 orang,saya bagitau contect person untuk dia bagitau apa nak buat seterusnya...

Saturday, May 8, 2010

nak ke jadi pensyarah Kolej dan Politeknik

ada sesiapa tak nak jadi pensyarah KPTM....kena mohon secara on line..........di...

suntikan H1N1


gambar anak saudar (oni)
masa suntik tak sakit sangat,nurse kata lembutkan tangan..yang tu dah terorlah,masukje jarum tetap rasa ok jer...
Lepas 3 jam...fuh tangan yang kena suntik ni terasa macam nak bengkak dan sakit,badanpun lenguh je..terasa macam nak demam...kataye itu sipmtom biasa siapa yang ambik suntikan H1N1..harap-harap hari isnin oklah..nak kerja

Wednesday, May 5, 2010

elaun untuk OKU (orang Kurang Upaya)

terpanggil untuk memberitahu pda kawan-kawan supaya jika ada saudara atau kawan yang OKU,suruh mereka sambung belajar..terdapat banyak kemudahan dari elaun dan dengarye nanti yuran pengajian mungkin ditanggung juga.kalau kolej Komuniti, dia dapat elaun kolej RM 250 dan disampingtu dapat juga elaun OKU.(emmm boleh tahan)
oklah baca je syarat untuk mendapat elaun OKU dibawahni..
BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM

Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahaan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini;
Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar keistimewaan / kekurangannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana keistimewaan / kekurangannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
.
SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.
Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN


Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut:

Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
Diploma - 3 tahun
Sarjana Muda - 4 tahun
Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
Sarjana - 2 tahun
Ph.D - 4 tahun

SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU

Syarat-syarat kelayakan elaun khas ini adalah seperti berikut:-

Hanya pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang diiktiraf sebagai layak menerima bantuan ini.
Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar keistimewaan / kekurangannya semasa melanjutkan pengajiannya, tidak layak menerima elaun ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elaun ini.
Pelajar tajaan (biasiswa/pinjaman) dalam perkhidmatan (sedang bekerja/cuti belajar) tidak layak menerima bantuan kewangan ini.
Kursus yang diikuti hendaklah kursus sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima elaun ini.

BAYARAN ELAUN KHAS PELAJAR OKU

Kadar bayaran elaun khas pelajar OKU adalah sebanyak RM 300.00 sebulan. Walau bagaimanapun, bayaran akan dibuat sekali dalam satu semester berdasarkan kepada dokumen tuntutan lengkap yang diterima (Jumlah bayaran bergantung kepada bilangan bulan dalam semester).
Bayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.
Untuk tujuan pembayaran, akaun pelajar hendaklah menggunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau CIMB Bank sahaja.

PERMOHONAN / TUNTUTAN

Senarai tuntutan elaun pelajar OKU beserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula melalui Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Semua tuntutan hendaklah dibuat melalui dan disahkan terlebih dahulu oleh pusat pengajian pelajar-pelajar pemohon

Tuesday, May 4, 2010

Akademi Saga




Pernah dengar Akademi Saga.Saya baru je balik dari KL.Semalam bertolak dari Kolej dan sampai ke tempat penginapan dalam pukul 6.Rasaye perjalanan selama 5 jam,Kami (ada 16 staf yang pergi)dijangka akan membuat lawatan ke Akademi Saga untuk melihat cara pengajaran dan kelebihan program disana.
pada pendapat peribadi saya,bagus tempat ni..dia tawarkan SKM tahap 1,2 (bersamaan dengan sijil),tahap 3(bersamaan dengan diploma).Kos pengajian untuk 6 bulan dalam 3-4ribu yang bermaksud dalam sebulan dalam lingkungan 500.Kelebihan akademik Saga adalah ia dibawah EON bermaksud kalau rasa-rasa nak jadi technition EON,tempat inilah yang dicari.Biasalah,namaye pun bawah EON.Sekarang,jurucakap Akademi Saga bagitau tenaga mahir memang diperlukan..kebanyakan yang mahir selaluye akan lari ke NAZA,mungkin disana gajinya lebih menarik.Jadi apa lagi...kepada yang ingin kerja dalam bidang automotif..tempat ini memang baik dan kepada yang tiada modal boleh juga ke Kolej Komuniti yang berhampiran untuk mendapat kemahiran automotif atau apa sahaja kemahiran dengan kos yang amatlah murah.Kepada yang lepasan graduan dan masih tak tau nak buat apa,silalah ke kolej komuniti untuk mendapat kelebihan berbanding dengan graduan lain..kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kursus pendek ,sila berhubung terus dengan Kolej Komuniti.Kolej Komuniti adalah dibawah Pengajian Tinggi Malaysia.(IPTA)

Sunday, May 2, 2010

suasana tanpa gunung



kadangkala terfikir juga,mesti orang yang sawah ni jarang tengok kawasan gunung sebab luas mata memandang kawasan sawahye..

IKLAN JAWATAN KOSONG PEMBANCI 2010

jalan-jalan...memenatkan tetapi masih cool.Dari sitiawan ke Teluk Intan dan seterusnya ke Langkap untuk menghadiri doa selamat adik di rumah baru.sampai sana adik masih ada di kampung.fuh..apa nak buat ye..sudahye balik kg la pulak di Parit yang ambil masa 1 1/2 jam.letihye,bagitau kat adik tak jadi pi Langkap nampakye sebab nak kena balik ke kawasan pergunungan..hehehe banyak gunung kat sini (sebenarye esok kena keja dan kebetulan esok kena outsttation kat KL).Sambil dalam kereta tu ada la dalam radio 3 perak cerita mengenai banci penduduk.Dulu masa belajar ada juga ambik, last minute baru dia panggil..kita pun last minute sambung study balik..jadi masih belum berjaya nak cuba jawatanni...sekarangni pulak,tak boleh juga nak ambik jawatanni..tak cukup kelayakan...
JADI KEPADA SEMUA YANG RASAYE BOLEH APPLY..CUBALAH..GAJIPUN OK

BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010

.
IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa kepada calon yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah bagi mengisi jawatan berikut :

BIL. JAWATAN ANGGOTA SAMBILAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN TEMPOH PERKHIDMATAN GAJI HARIAN (BELUM TERMASUK ELAUN)
1. Penyelia 15 Mei 2010 14 Jun hingga 10 Sept. 2010 RM 52.37 sehari
2. Pembanci 20 Mei 2010 28 Jun hingga 22 Ogos 2010 RM 35.73 sehari

SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN :

1. PENYELIA

a) Kerakyatan : Warganegara Malaysia.


b) Kelulusan Akademik dan Pengalaman : Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
ATAU

Pegawai yang sedang berkhidmat bagi kumpulan sokongan daripada Gred 27 hingga 39.
ATAU

Pegawai yang sedang berkhidmat sekurang-kurang 8 tahun di dalam kumpulan sokongan daripada gred 17 hingga 26.


c) Umur Minimum : 18 tahun pada tarikh temuduga.


d) Bahasa : Berkebolehan bertutur dan memahami bahasa yang paling luas digunakan di kawasan penyeliaannya.


e) Berkebiasaan dengan Kawasan : Seberapa boleh calon hendaklah terdiri daripada mereka yang biasa dengan kawasan tempatan.


f) Pengangkutan : Keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri terutamanya bagi mereka yang ditugaskan di kawasan luar bandar.


g) Kematangan : Matang dan berkebolehan melatih dan menyelia Pembanci di bawah jagaannya.




2. PEMBANCI

a) Kerakyatan : Warganegara Malaysia.


b) Kelulusan Akademik dan Pengalaman : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
ATAU

Pegawai yang sedang berkhidmat bagi kumpulan sokongan daripada Gred 17 hingga 26.


c) Umur Minimum : 18 tahun pada tarikh temuduga.


d) Bahasa : Berkebolehan bertutur dan memahami bahasa yang paling luas digunakan di kawasan bancian.


e) Berkebiasaan dengan Kawasan : Seberapa boleh calon hendaklah dipilih daripada mereka yang biasa dengan kawasan tempatan.


f) Pengangkutan : Keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri terutama bagi mereka yang ditugaskan di kawasan luar bandar.




CARA MEMOHON

1. Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat Daerah Dan Tanah yang berhampiran di mana calon tersebut akan berkhidmat atau di Pejabat Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia. ( Bagi Negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor borang-borang boleh diperolehi/ dihantar ke Pejabat Negeri, Jabatan Perangkaan Malaysia atau Jabatan Penerangan Negeri/Daerah ).
2 Borang permohonan hendaklah dilengkapkan dengan dokumen berikut:-

a. Gambar berukuran pasport (lekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan);
b. 1 salinan kad pengenalan yang disahkan;
c. Salinan Diploma dan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan yang disahkan;


3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

Alamat Lengkap ( Berdasarkan Perkara 1 seperti di atas )

4. Permohonan yang ditolak :

a. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan dan tidak disahkan;
b. Tidak lengkap atau tidak terang;
c. Tidak ditandatangani;


CATATAN :

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan temuduga diadakan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...