terpanggil untuk memberitahu pda kawan-kawan supaya jika ada saudara atau kawan yang OKU,suruh mereka sambung belajar..terdapat banyak kemudahan dari elaun dan dengarye nanti yuran pengajian mungkin ditanggung juga.kalau kolej Komuniti, dia dapat elaun kolej RM 250 dan disampingtu dapat juga elaun OKU.(emmm boleh tahan)
oklah baca je syarat untuk mendapat elaun OKU dibawahni..
BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM
Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahaan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini;
Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar keistimewaan / kekurangannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana keistimewaan / kekurangannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
.
SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS
Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.
Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.
TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut:
Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
Diploma - 3 tahun
Sarjana Muda - 4 tahun
Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
Sarjana - 2 tahun
Ph.D - 4 tahun
SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU
Syarat-syarat kelayakan elaun khas ini adalah seperti berikut:-
Hanya pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang diiktiraf sebagai layak menerima bantuan ini.
Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar keistimewaan / kekurangannya semasa melanjutkan pengajiannya, tidak layak menerima elaun ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elaun ini.
Pelajar tajaan (biasiswa/pinjaman) dalam perkhidmatan (sedang bekerja/cuti belajar) tidak layak menerima bantuan kewangan ini.
Kursus yang diikuti hendaklah kursus sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima elaun ini.
BAYARAN ELAUN KHAS PELAJAR OKU
Kadar bayaran elaun khas pelajar OKU adalah sebanyak RM 300.00 sebulan. Walau bagaimanapun, bayaran akan dibuat sekali dalam satu semester berdasarkan kepada dokumen tuntutan lengkap yang diterima (Jumlah bayaran bergantung kepada bilangan bulan dalam semester).
Bayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.
Untuk tujuan pembayaran, akaun pelajar hendaklah menggunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau CIMB Bank sahaja.
PERMOHONAN / TUNTUTAN
Senarai tuntutan elaun pelajar OKU beserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula melalui Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.
Semua tuntutan hendaklah dibuat melalui dan disahkan terlebih dahulu oleh pusat pengajian pelajar-pelajar pemohon
No comments:
Post a Comment