Wednesday, July 7, 2010
Mekah
Di Mekah,suasananya sibuk sebab hotel terletak dijalan utama,jadi bila nak ke masjidil haram kena lalu jalan yang sibuk dan berdebu sebab masjidilharam dalam proses penambahan pembinaan.Itu suasana di luar,didalamnya...masuk je hilang semua rasa tu..terasa di satu tempat yang amat nyaman dan segar,kalau kat luar terasa letihnya badan tetapi di dalam terasa cukup sihat.Memandang Kaabah seperti memandang sesuatu yang menakjubkan(macam cerita dongeng dan tiba-tiba berada di depan mata).Kalau nak tawaf tengahari memang terasa panasnya dari luar tetapi bila mula tawaf,taklah panas dan kadangkala terasa sejuk pula padahal waktu tu dah pukul 12 tengahari.seronok berada di dalam masjid,boleh minum air zam-zam sepuas hati dan taklah pula rasa kembung perut minum banyak,tapi rasa kenyang dan bertenaga.
Disana saya selalu duduk dengan bangsa turki,iran dan yang sewaktu dengannya,cara sembahyang ada sedikit lain tetapi apapun itu hak Allah untuk menilai.Kadangkala terlihat solat sambil mendukung anak dan terlalu banyak pergerakan.Kadangkala terlihat pula sedang kita solat,ada pula sambil solat baca al-quran,ada pula orangtu duduk kat situ,semua orang nak duduk kat dia sampai macam dihimpit padahal tempat banyak lagi.Saja je memerhati gelagat orang dan kadangkala insaf juga diri sebab ada yang bermacam orang datang situ tidak kira siapa dia.Ada sekali saya doa nak hilangkan alergi di tangan dan selepas doa saya asyik lihat ada yang lebih teruk dari saya tetapi mereka ok jer..saya faham dan mengerti bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah kehendaknya dan saya patut bersyukur dengan diri saya.Alhamdulillah tiada perkara yang pelik berlaku kepada saya sepanjang berada disana.Cuma bila balik sini ada sedikit kerinduan hendak ke sana lagi,mungkin sebab 1 minggu disana dan terasa lama.oh ya..masa disana terasa lama sangat,contohnya kalau kat sini bila kita buat kerja pukul 8,tengok sekali lagi jam dah pukul 9 dah tetapi kat sana tengok pukul 8,tapi tengok jam..ehhh baru pukul 8.20,macam masa tu bergerak dengan lambat padahal waktu tu pi melawat kebun unta dan muzium dan singgah di masjid hudaibiyah.lupa pula nak cerita waktu melawat padang arafah,lapangnya dan naik jabal rahmah,lihat diatas betapa luasnya pemandangan dan betapa panasnya hari dan tiba-tiba teringat akan padang mashyar...dan teringat pula kalau beginilah keadaanya,insyallah waktu muda saya nak pi haji kerana mengerjakan haji memerlukan kekuatan fizikal dan minda.Tapi tulah...tengok makcik umur 60 tahun buat umrah sampai 7 kali ,saya adala 5 kali, jadi yang paling paling terpenting sebenarnya faktor kekuatan jiwa dan iman....semoga suatu hari saya dijemput lagi oleh Allah ke sana lagi....amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment