lama saya fikir dan baca terlalu banyak entry mengenai pinjaman ASB ini..ada yang pro dan kontra.
tibalah masaye pada pendapat saya (biarlah pendapat orang lain kerana masing-masing bebas memberi pendapat)
saya rasa bagus untuk orang yang tak tahu simpan..maaflah saya cakap dalam dunia ini ada 2 jenis yang saya jumpa iaitu yang pertama pandai menyimpan dan yang kedua tak boleh ada duit sikit,dah rasa nak buat itu ini..jadi pada yang tak tahu simpan..memang dah tak ada caradah,ini je yang boleh disipin diri..rugike menyimpan cara pinjaman ni...saya pun tengah musykil dimana kadangkala beberapa nombor yang diberi oleh yang tak setuju mengatakan ia rugi namun saya masih tak faham cara calculate ye..pada saya mungkin la tak rugi..ambil contoh simple saya ni
saya pinjam 10 ribu untuk 5 tahun dengan bayaran bulanan 187
ok terus saya dapat 10 ribu dalam ASB,bulan-bulan bayar 187 dan setahun jumlah bayaran 2244 dan jika 5 tahun jadi 11220.ok,sekarang duit lebihan yang terpaksa saya bayar adalah 1220.
dividen ASB paling rendah sekarang 7% bermaksud dapat bonus 700..kita tengok ikut tahun yek
tahun 1 : 10000
tahun 2 : 10700 (dividen 700)
tahun 3 : 11499 (dividen 749)
tahun 4: 12303.93 (dividen 804.93)
tahun 5: 13165.5 (dividen 861.3)
saya untung (macam betul ke salahni..kalau salah tolong betulkan ye...) untung dapat 1945.maksudye simpan jangka pendek mungkin ok sebab takut masalah dari segi kenaikan inflasi dan lain-lain.
tapikan...kalau rugipun,rasaye rugi lagi beli barang cam kereta tu sebab tiap tahun mesti jatuh harga..kalau bab simpanpun kita kata rugi sedangkan benda lain kita boleh bayar bulan dan dah confirm takde benefitpun boleh kita buat....emmmm fikirlah sendiri...
2 comments:
buat loan asb guna masa panjang untuk minimumkan bayaran bulanan. Bole lihat post saya di sini
http://jaya31.blogspot.com/search/label/KEKAYAAN
tgh fikir-fikir nak buat..
Post a Comment