Tuesday, March 29, 2011

hai cik oni dan danish

Pertandingan digital peringkat kolej komuniti Gerik


Pertandingan telah diadakan pada 28 Mac bagi program siji teknologi Maklumat.Syabas diucapkan kepada yang telah berjaya iaitu
1. Azzarul (STM3)
2. Wani (STM2A)
3. Rassima (STM2A)

gambar bagi program pemeriksaan kesihatan

pemeriksaan kesihatan ini diadakan bagi sampel untuk mencegah penyakit berjangkit...setakat ini tiada laporan penyakit berjangkit dilaporkan..terima kasih kepada pejabat kesihatan Gerik kerana sudi membuat pemeriksaan bagi semua warga kolej

rumah saya dalam proses nak siap 29 mac



ke arah kerjasama dengan kolej komuniti Yala Thailand




wakil dari Kolej Komuniti Yala telah datang ke kolej komuniti Gerik bagi membincangkan program ke arah kerjasama antara kedua-dua kolej.selepas perbincangan,wakil berkenaan dibawa melihat kawasan dan kemudahan yang terdapat di kolej ini.Terima kasih juga kepada pelajar yang telah bersama-sama memeriahkan sambutan wakil berkenaan.

pertandingan nasyid peringkat kolej komuniti gerik



telah diadakan untuk mewakili kolej ke peringkat zon yang dijangka diadakan pada 31 Mac ini.Pertandingan ini telah dirasmikan oleh pegawai Hal ehwal pelajar (kebajikan dan disiplin).5 kumpulan telah menyertai pertandingan ini dan pemenang adalah dari kelas STM2B...syabas diucapkan

kereta cik yang



kereta wish yang baru je diubahsuai....

konvokesyen kolej komuniti ke 8-27 mac 2011



TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR......
terima kasih kepada media yang datang untuk liputan majlis ini...

Friday, March 18, 2011

Pertandingan Kemahiran Digital

38 pelajar dari program Sijil teknologi Maklumat telah menyahut cabaran pertandingan kemahiran digital dan 6 pelajar layak bertanding ke pertandingan akhir..syabas diucapkan


Tuesday, March 15, 2011

sekolah berprestasi tinggi, dari kaca mata saya...

Kementerian Pelajaran telah mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah;


Sekolah berasrama penuh:



Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru

Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban

Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah

Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka

Sekolah menengah harian:

 
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah rendah:

 
Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur

Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan

Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur

Sekolah Convent Kota Taiping, Perak

Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

Pada pendapat saya,saya rasa sekolah-sekolah itu pastilah pelajarnya terpilih atau memang mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar.apabila pelajarnya bagus,maka baguslah semuanya sebab masalah disiplin pasti kurang dan tidak ada istilah pelajar tercicir (mungkin ada sikit).

Mungkinkan suatu hari nanti..sekolah boleh pilih pelajar mana yang dia nak dengan mengadakan sistem ujian sebelum masuk sekolah (sekarangpun dah ada yang buat) semata-mata nak kejar sekolah berprestasi tinggi.mungkin akan ada juga pelajar yang tercicir dipaksa pindah sekolah kerana nak kejar sekolah berprestasi tinggi. soalannya nanti dimana pula pelajar yang tercicir ini...alangkah bagusnya jika sekolah berprestasi tinggi itu adalah menunjukkan pencapaian pelajar yang tercicir atau yang taknak belajar menjadi pelajar yang berguna dan menunjukkan ketrampilan yang berbeza sebelum ini. Kepada cikgu-cikgu yang ini yang patut kita respect dan diberi penghormatan kerana sanggup berkorban untuk pelajar yang semakin dilupakan.  



tsunami di Jepun dan kemelesetan ekonomi

Krisis Kewangan Asia 1997

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Krisis Kewangan Asia adalah krisis kewangan yang dimulai pada Julai 1997 di Thailand, dan mempengaruhi mata wang, bursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia. Juga sering disebut Krisis mata wang Asia.


Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah negara yang paling teruk terkena kesan krisis ini. Hong Kong, Malaysia dan Filipina juga terkena tempiasnya. China, Taiwan dan Singapura hampir tidak terkesan. Jepun tidak terkena banyak tapi mengalami kesulitan ekonomi jangka panjang.

dan pada waktu itu.....
apabila saham jatuh dengan teruk
apabila harga makanan naik terlalu tinggi dan kuasa membeli tiada untuk membeli barangan lain
apabila bahagian swasta ramai yang kena berhenti (sebab banyak kilang Jepun kat sini)
apabila interest bank naik
Jika berlaku seperti 1997...rasaye yang pernah rasa tentu maklum bertapa susahnya waktu itu...

SEKARANG..apabila ekonomi gergasi mula terumbang ambing...bagaimanakah ekonomi malaysia pula....
kita tengoklah,jika berlaku seperti diatas pada waktu itu....maka kali ini pasti terjadi kembali kemelesetan ekonomi.Doa kita seharapnya ada faktor lain yang masih boeh mengekang kemelesetan ekonomi dari berlaku.

Tuesday, March 1, 2011

maulidurasul 25 feb2011


60 pelajar termasuk staf telah menghadiri maulidurrasul peringkat kolej komuniti gerik dengan kerjasama pondok air jernih ulu kenderung.tajuk maulidurasul kali ini adalah forum 3 khir dimana penceramah jemputan adalah dari adik-beradik ustaz fahmi iaitu ustaz fairuz dari UIA,ustaz Faizal dari Kisdar...diharapkan forum ini dapat menambahkan cinta kita pada rasululullah

prorgam khas-prosiding mahkamah syariah

dalam membentuk insaniah kepada para pelajar,salah satu cara diambil ialah membawa mereka ke alam realiti dimana melihat sendiri perbicaraan dilakukan dan hukuman dijatuhkan bagi kes mahkamah syariah.terdapat beberapa kes yang didengari pada 24 feb 2011 (khamis). antaranya ialah kes isteri minta cerai daripada suami,faraid,kes khalwat dan kes poligami.diharapkan pelajar dapat mengambil iktibar diatas kes-kes berkenaan.
pada pendapat saya pula...saya rasa Masyarakat dari kacamata saya sekarang dalam keadaan huruhara.terfikirkah kita apa yang akan jadi pada 10 tahun akan datang..masakan tidak,kes-kes seperti ini pastilah mempengaruhi jiwa anak-anak yang masih kecil dan dalam kecelaruan mereka membesar..natijahnya bangsa bagaimanakah yang ingin kita lihat jika institusi keluarga sudah mula sedikit hancur.Saya bertanya juga pada pakar kaunseling...Jawapannya mudah..kembali kita kepada institusi pendidikan..bagaimanakah corak pendidikan kita sekarang yang hanya menjurus kepada penilaian akademik tanpa memikirkan mengenai holistik mereka.Cuba tengok disekolah,pelajar yang pandai adalah dalam 2 kelas,sedangkan pelajar yang sederhana dalam 8 kelas.dalam meningkatkan prestasi sekolah,20% ini sahaja yang ditatang bagai minyak yang penuh..manakala 80% ini dibiar sahaja...jadi tak hairanlah masalah sosial tidak dapat dibendung.Jika ada diluar sana tak kisah dengan keadaan sekarang dengan erti kata lain,anak aku pandailah aku didik...jangan lupa bagaimana bagusnya mereka dirumah tetapi apabila berada diluar pasti mereka akan terikut dengan anasir negatif kepada keadaan yang sudah langsung tak kisah apa itu dosa dan pahala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...