SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.
Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah;
Sekolah berasrama penuh:
Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian:
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah:
Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru
Mungkinkan suatu hari nanti..sekolah boleh pilih pelajar mana yang dia nak dengan mengadakan sistem ujian sebelum masuk sekolah (sekarangpun dah ada yang buat) semata-mata nak kejar sekolah berprestasi tinggi.mungkin akan ada juga pelajar yang tercicir dipaksa pindah sekolah kerana nak kejar sekolah berprestasi tinggi. soalannya nanti dimana pula pelajar yang tercicir ini...alangkah bagusnya jika sekolah berprestasi tinggi itu adalah menunjukkan pencapaian pelajar yang tercicir atau yang taknak belajar menjadi pelajar yang berguna dan menunjukkan ketrampilan yang berbeza sebelum ini. Kepada cikgu-cikgu yang ini yang patut kita respect dan diberi penghormatan kerana sanggup berkorban untuk pelajar yang semakin dilupakan.
3 comments:
"alangkah bagusnya jika sekolah berprestasi tinggi itu adalah menunjukkan pencapaian pelajar yang tercicir atau yang taknak belajar menjadi pelajar yang berguna dan menunjukkan ketrampilan yang berbeza sebelum ini"
Saya amat bersetuju dengan pandangan ini.Kecemerlangan sekolah mahupun guru sepatutnya berdasarkan berapa peratus perubahan positif yang berjaya dilakukan.Jika diambil pelajar yang telah sedia berfikiran positif,yang memang kaki buku...pihak sekolah dan guru HANYA menyediakan prasarana yang terbaek,tips2 menjawab soalan yg terbaik untuk mengekalkan prestasi pelajar2 tadi,maka mana CEMERLANGnya sekolah dan guru2 ini?
Sekolah yang cemerlang...guru2 yang cemerlang adalah apabila diberikan belajar mana sekali pun mereka mampu diubah menjadi INSAN.
Bukan yang tercicir terus tercicir yang cemerlang terus ditatang.
terima kasih
sekolah adalah sebuah institusi yang memberi peluang kepada semua pelajar yang datang ke sana untuk belajar cara hidup. Di sana bukan sahaja P&P dilaksanakan secara berkesan sebaliknya begitu banyak aspek sosio dan budaya yang diperolehi secara semula jadi. Sebagai contoh, para pelajar sepatutnya boleh belajar cara bermasyarakat, memimpin dan terpimpin, melaksanakan tugas dan arahan, bekerjasama, hormat menghormati dan seribu satu pengajaran yang tidak perlu diajar secara formal di dalam bilik darjah. Namun pada hari ini, semua itu seakan sudah dilupakan di mana penekanan aspek pencapaian gemilang di dalam peperiksaan menjadi penanda aras kehebatan sesebuah institusi dan penuntutnya. Sedangkan aspek rohani yang menjadi tunjang kepada seluruh kehidupan dipandang sepi dan sekadar agenda yang diprogramkan. Bersediakah negara kita dengan kelahiran insan cemerlang akademiknya tetapi tempang akhlaknya? dan bersediakah kita semua punyai begitu ramai rakyat yang jahil dan rosak keperibadiannya. Ia bukan sekadar 2 kumpulan yang berbeza latarbelakang tetapi jauh daripada itu, matlamat hidup menjadi pincang dek kerana terlalu mencintai dunia lebih daripada akhirat. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI adalah lebih molek diukur dengan penanda aras (benchmark) yang menjadi ukuran al-khalik. "A" akademik dan "A" akhlak bukan "A" akademik "D" moral jauh sekali akhlak. renung - renungkanlah. Lihat dari kaca mata Islam bukan rekaan akal yang senteng sifatnya.
Post a Comment