susah dan menyusahkan rasaye...
baru-baruni aku pergi selesaikan tanah mak di iskandar.Di sana kena matikan setem hasil. tanah tu pajakan negeri jadi kena setelkan di ipoh untuk pindah milik.Masa kat pejabat tanah tu ada aku tanya yang ni boleh proses ke kat sini,encik yang kat kaunter tu kata boleh,aku dah musykil sebab aku pernah juga selesaikan bab tanah aku dulu..kes dia sama macamni.dah dia kata macamtu,aku pun ambilla nombor giliran..rasaye aku yang ke lima..sampaije ke kaunter,aku nak selesaikankanla proses pertukaran nama,time tu aku takde kebenaran menteri besar,salinan tu ada kat tuan tanah dulu lagi(timetu dia dah tengok dokumen aku tapi dia tak kata apapun pasal pertukaran hak milik tu boleh ke tidak buat kat situ).
Aku pun telefonla tuan tanah dulu tu minta dia datang bawa surattu dan kebetulan ada la kawan bapak kat situ tanya masalah kami...dialah bagitau yang proses tu mesti buat kat ipoh dan mesti ada surat kebenaran menteri besar dan cukai tanah mesti dibayar untuk tahun berkenaan.Aik...orang lain yang bagitau tolong ingatkan,time encik tu tengok dokumen tu tak kata apapun,jadi saya pi tanya orang sebelah encik tu,betulke prosesni kena buat kat ipoh...timetu la baru encik tu nak tengok betul-betul dan tanya kawan dia.Hemmm dalam hati janganla letak orang yang tak tau buat keja,pastikan dulu orang tu berpengalaman dalam proses dokumen ni...katalah saya dah dapat surat-surat berkenaan dan lepastu ambil sekali lagi nombor giliran dan bila time giliran dia baru nak kata kena buat kat ipoh...ada panas tak kalau korang yang kena.......
itu cerita kat iskandar,sampai kat ipoh pi tanya kat kaunter pertanyaan dan nombor giliran..saya tanya nak buat tukaran hakmilik,encik kat situ cakap kena pi tingkat satu ,saya tanya lagi bila pula tukar kat atas,dia bagitau baru je tukar...aku pun naik atas dan sampai atas orang tu kata kena buat kat bawah..fuh sabar ajalah,nasib baik dia tolong turun kat bawah dan tanya orang yang kat kaunter pertanyaan tu,pandai pula dia dolak dalih cakap aku nak buat carian hakmilik.padahal time aku tanya tu dia ulangbalik ayat aku tu...
lepastu aku dapat nombor giliran dan sampai ke kaunter,orang kaunter tanya borang biru..aku tanya balik mana aku nak dapat borang biru,dia kata kat kaunter pertanyaan tadi....astaga orang yang duduk kat kaunter pertanyaan tu kalau taknak buat kerja,tak payah datang kerja..menyusahkan orang..oklah aku muda lagi..kalau dapat yang tua bukanke naya dibuatnya.aku pun pi minta borang biru kat dia,dia masatu asyik borakje dengan orang yang baru buat pertanyaan.aku rasa elok tempat pertanyaan tu tukar nama tempat berborak....
lepas buat pembayarantu dah orang nak solat jumaat..takpelah aku kena tunggu sampai kul 3...sampai kul 3,akupun terus pi kaunter tanya status.lepastu aku dan mak aku dipanggil dan jawapan yang paling best,permohonan ditolak sebab takde tandatangan dari pejabat tanah seri iskandar kat bahagian matikan setem......sabar-sabar..orang tu kata bukan salah kita orang tapi.....yang korang buat keja macam tak reti buat keja kenapa (dalam hati je ayat tu)....dari seri iskandar ke ipoh dan sekarang kena patah balik seri iskandar hanya untuk ambil tandatangan yang tentu bukan disebabkan salah kita orang..sampai kat iskandar,aku taknak keluar keta..takut hilang kesabaran...sepanjang waktu tu alhamdulillah aku masih bersabar lagi..proses tu terpaksalah ditangguhkan sebab dah tak sempat dah nak balik ke ipoh,time tu dah 4,30 ptg dahpun.nanti aku kena ambik cuti lain untuk tolong setelkan tanah mak aku ni..
kalaulah mak ngan bapak aku je pergi....kena macamtu...korang rasa patutke....minta sangat pastikan orang yang duduk dikaunter kurangkan bagi masalah kat pengguna.pastikan juga orangtu berpengalaman atau ada orang sebelah dia untuk pantau jika dia orang baru....kat iskandar sepatutnya ada juga kaunter pertanyaan untuk orang bertanya..maklumlah bukanye kaya nak buat tiap-tiap bulan tukar nama....kadangkala lupa juga sebab mungkin 2-3 tahun pernah buat prosestu,tentulah pengguna dah lupa.apapun dari segi layanan alhamdulillah,yang tu boleh puji...senyum dan bercakap dengan sopan santun...sikitje lagi tingkat perkhidmatan yang cemerlang...
3 comments:
Salam...
Citer sama jer kat mana - mana..tah la dia orang ni, kerja macam tak mau kerja jer..
harap mereka dapatla tingkatkan kualiti,saya dah hantar ke e-aduan,harap ada perubahan
Ini masalahnya bila berususan dikaunter2 kerajaan.Bahagian utama yang menghubungkan pelangan dengan jabatan tetapi diletakkan kakitangan yang hanya tahu mengumpat,membaca paper,berniaga MLM....(bukan semua tetapi ramai).Tdak tahu bilakah kakitangan awam ini hendak berkerja dengan rela hat dan SEDAR yang kita ini ADALAH PEKERJA RAKYAT.(Saya juga salah seorang kakitangan awam namun saya sentiasa merasakan diri saya seorang Pekerja Rakyat.Gaji saya dibayar oleh rakyat.).Rakyat adalah pelangan kita,haruslah kita membantu selagi termampu walaupun pelbagai karenah perlu ditempuh.
Kurangkan BIROKRASI...rakyat tidak tahu akan prosedur2 jabatan,yang mereka tahu adalah MASALAH mereka kita SELESAIKAN.
Post a Comment