Saturday, June 26, 2010

umrah bersama ustaz Fahmi (gerik mari)





akhirnya saya sampai ke malaysia pada 17 jun 2010.walaupun letih tetapi pengalaman di madinah dan mekah adalah sesuatu yang istimewa..semua orang disana seperti hanya memikirkan kehidupan ini adalah semata-mata kerana Allah.saya sendiri lupa dengan kerja di Malaysia..kalaulah ia boleh berlaku setiap hari alangkah seronoknya...semata-mata beribadat kerana Allah tanpa memikirkan duniawi tetapi secara naturalnya kedua-duanya adlah penting,kewajipan di dunia dan di akhirat.Seolah-olah terasa seperti tetamu untuk beribadat sahaja di sana.
oklah nak cerita pula perjalanan ke sana.
perjalanan ini telah difikirkan tahun lepas jadi cuti telah disimpan dan tidak dihabiskan untuk tahun lepas dan dibawa ke tahun ini.perjalanan adalah seperti berikut:
4 jun 2010
bertolak dari KLIA ke jakarta,transit dari jakarta ke Jeddah.(terasa macam mimpi sampai ke bumi nabi ini).terus ke madinah untuk berada di sana selama selama 3 hari.Disini tempat paling bak untuk beribadat adalah masjid nabi.cantik sangat....
ada makam nabi dan sahabat nabi.ada taman syurga yang bernama raudah (nak masuk tempat ini ada waktunya dan tempat ini ramai sangat orangnya kerana berebut-rebut nak masuk ke kawasan raudah (iaitu antara rumah nabi dan masjid).dikatakan tempat ini doa selalunya dimakbulkan.Insyaalllah.sesuatu yang saya tak pasti yang lain terasa atau tak ialah disana ada bau wangi sangat,bau ini hanya hadir jika didalam masjidtu kita ingat Allah dan Nabi...jika tidak,bau itu akan hilang..saja test..memang kejap ada ,kejap tiada.nanti siapa yang pergi boleh test macam saya test.
masa nak balik,terasa nak datang lagi,nak kata sayu tu tak pasti tapi rasa cuma nak datang lagi.lupalak nak bagitau cuaca kat sini walaupun panas tapi tak berpeluh dan baju tak berbau(mungkin sebab panas kering)tapi kalau datang angin,memang panas,patutla orang sini tutup muka..memang ada sebab.sempatla beli 2 baju jubah..cantik dan harga berpatutan,kata orang kalau nak beli jubah beli kat Madinah sebab lebih berpatutan dari mekah.lagi..di madinah saya ziarah jabal uhud,kilang alquran dan pasar kurma.kena beli kurma kat madinah sebab kat mekah tak jumpa la pulak sekitar penginapan pasar kurma dan harga di Mekah lebih mahal kurmanya.ramai yang beli kurma nabi (1kg =RM60),ada lagi mahal tapi mengikut kualiti.ustaz fahmi pula lepas makan mesti ada ceramah agama dan senang nak jumpa dia..masatu ada jugak geng lain ikut ceramah dia.oklah itu cerita di Madinah ..nanti saya sambung pula di Mekah yang penuh ketakjuban dari Allah...moga perjalanan dan umrah ini diredhai Allah...amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...