Tuesday, March 1, 2011

prorgam khas-prosiding mahkamah syariah

dalam membentuk insaniah kepada para pelajar,salah satu cara diambil ialah membawa mereka ke alam realiti dimana melihat sendiri perbicaraan dilakukan dan hukuman dijatuhkan bagi kes mahkamah syariah.terdapat beberapa kes yang didengari pada 24 feb 2011 (khamis). antaranya ialah kes isteri minta cerai daripada suami,faraid,kes khalwat dan kes poligami.diharapkan pelajar dapat mengambil iktibar diatas kes-kes berkenaan.
pada pendapat saya pula...saya rasa Masyarakat dari kacamata saya sekarang dalam keadaan huruhara.terfikirkah kita apa yang akan jadi pada 10 tahun akan datang..masakan tidak,kes-kes seperti ini pastilah mempengaruhi jiwa anak-anak yang masih kecil dan dalam kecelaruan mereka membesar..natijahnya bangsa bagaimanakah yang ingin kita lihat jika institusi keluarga sudah mula sedikit hancur.Saya bertanya juga pada pakar kaunseling...Jawapannya mudah..kembali kita kepada institusi pendidikan..bagaimanakah corak pendidikan kita sekarang yang hanya menjurus kepada penilaian akademik tanpa memikirkan mengenai holistik mereka.Cuba tengok disekolah,pelajar yang pandai adalah dalam 2 kelas,sedangkan pelajar yang sederhana dalam 8 kelas.dalam meningkatkan prestasi sekolah,20% ini sahaja yang ditatang bagai minyak yang penuh..manakala 80% ini dibiar sahaja...jadi tak hairanlah masalah sosial tidak dapat dibendung.Jika ada diluar sana tak kisah dengan keadaan sekarang dengan erti kata lain,anak aku pandailah aku didik...jangan lupa bagaimana bagusnya mereka dirumah tetapi apabila berada diluar pasti mereka akan terikut dengan anasir negatif kepada keadaan yang sudah langsung tak kisah apa itu dosa dan pahala.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...