PENIPUAN - Pembelian Rumah
Apartment  berservis hari ini telah menjadi satu trend di kalangan pemaju baru.  Hartanah jenis ini menyediakan saiz rumah yang berbeza dari 850 kaki  persegi sehingglah ke 1500 kaki persegi. Nilai hartanah ini bergantung  pada lokasi dan fasiliti yang disediakan.
Anda  pernah mendengar tentang apartment servis fasiliti kondominium? Mungkin  anda tertanya-tanya kenapa apartment servis? kenapa tidak terus sahaja  gunakan kondominium? pelikkan? “Don’t you smell something fishy here”…
Jadi  apakah bezanya? mengikut keadaan hartanah, layout plan dan harganya  lebih kurang sama dengan beberapa jenis hartanah apartment lain. Yang  menarik servis apartmen berfasiliti kondominium ini jauh lebih murah  dari kondominium. Mungkin anda berpendapat bahawa… jika anda tidak dapat  tinggal di kondominium tidak apa, tetapi jika ada fasiliti “Five star”  seperti kondo cukup-lah. Persoanalnnya… adakah anda pasti anda akan  dapat perkhidmatan lima bintang? fikirkan…
Mungkin  ada tertarik dengan fasiliti yang disediakan tetapi harus diingat.  Kerana isu apartment servis ini adalah isu lapuk yg memang susah untuk  diselesaikan dan berhati-hati kerana banyak pemaju-pemaju yang  memutarkan fakta dan meyembunyikan banyak benda untuk menarik anda  membeli hartanah jenis ini.
Jadi  apakah perbezaan utama apartment servis dan kondominium? Sebenarnya  hartanah jenis ini BUKAN berstatus kediaman tetapi dek kerana status  hartanah adalah kormersial pemaju tidak boleh meletakkan nama  kondominium kerana kondominium terletak pada tanah berstatus kediaman.  Dengan status hartanah yang pelik ini banyak pemaju akhir-akhir ini  mengambil jalan mudah dengan membina sebuah servis apartmen.
Selain  itu, untuk pengetahuan anda hartanah jenis ini tidak tertakluk pada  akta Perumahan dibawah Kementerian Perumaham dan Kerajaan Tempatan. Yang  lebih menarik sekali… sebenarnya tiada satu akta pun yang dapat  melindungi anda sebagai pemilik hartanah ini. Anda hanya boleh berdoa  dan terus berdoa agar semuanya berjalan seperti yang di katakan oleh  pemaju.
kedua,  sudah pasti apabila tiadanya akta. Hanya perjanjian jual beli diantara  anda dan pemaju sahaja yang boleh diguna pakai. Tetapi apabila anda  menggunakan peguam pemaju, sudah tentu segala perjanjian itu akan  menyebelahi pemaju. Jadi apa yang anda dapat?
ketiga,  Jika berlaku apa-apa masalah atau pertikaian antara anda dan pemaju,  anda tidak boleh pula membawa perjanjian jual beli ini ke tribunal  perumahan kerana perjanjian jual beli ini tidak “standard”. Jadi  satu-satu jalan keluar hanyalah menerusi mahkamah. Sekali lagi anda  mungkin tidak sedar, segala perjanjian itu disediakan oleh peguam  pemaju. Anda tiada hak untuk membawa pemaju ke mahkamah.
keempat,  Jika anda semak perjanijian atau SPA. Perjanjian jual beli dari pemaju  berkemungkinan ada menyatakan yang “pembeli perlu membuat pembayaran  didalam tempoh 14 hari dari notis bertulis permulaan kerja oleh pemaju”.
Perjanjian  begini tidak mengikut jadual pembayaran biasa dibawah akta Perumahan.  Anda mungkin berisiko tinggi untuk tertipu jika tiba-tiba pemaju  memberhentikan projek dipertengahan jalan setelah menerima keseluruhan  pembayaran. Nah! siapa yang rugi?
kelima,  Kadar taksiran air dan elektrik adalah lebih tinggi dari kediaman  biasa. Apartment berservis begini akan mengikut kadar taksiran  kormersial dan ia mungkin terlalu tinggi pada anda. Jika kadar air pada  kediaman RM0.57 sen setiap meter padu, apartment berservis diatas tanah  kormersial berkemungkinan didalam kadar RM0.80 sen setiap meter padu.
Sebelum membeli hartanah jenis ini, saya nasihatkan anda lebih berhati hati.
dari blog 
http://pohonmas.blogspot.com/2010/03/penipuan-pembelian-rumah.html
No comments:
Post a Comment