Sunday, January 30, 2011

NOVEL INTERLOK



Saya nak beri pendapat mengenai Novel Interlok..
saya setuju interlok tidak diubahsuai tetapi ditambah nota kaki...
saya juga setuju novel itu dikekalkan dan tidak dipolitikkan..


teringat suatu dahulu,semasa saya pergi tiusyen di sebuah rumah guru india yang ada di Malaysia,dia ada bagitau dia golongan brahmin.Jadi golongan ini ada kelebihannya dari yang lain dari semua segi,contoh katanya berkahwinpun tidak boleh dari golongan lain,mesti dari Brahmin atau ada satu lagi golongan yang bawah sikit je iaitu ksyatria (Brahmin (pendeta), Ksyatria (pemerintah dan pahlawan), Vaishya (peniaga), dan Sudra (buruh) ..yang bawah-bawah lagi langsung tak boleh.Maka saya setuju memang wujud banyak golongan dalam kaum india.Yang peliknya mengapa  sekarang nak ubah sejarah sedangkan buku itu bukannya tahun ini baru diterbitkan.Yang lebih pelik mereka juga tahu ada golongan berkenaan dan kita tidak pula mengatakan apa-apapun cuma ia satu fakta,sebab dalam islam tiada semua itu cuma takwa kepada Allah sahaja.
Saya yakin orang india yang bijak pandai sekarang takkan terusik dengan cerita yang sengaja diperbesarkan ini....




1 comment:

Zaidievo said...

JANGAN USIK! Semua pihak patut tegas.Novel lama ini telah dipilih Panitia,maknanya ia telah dikaji dan diperhalusi akan kandungan dan nahu bahasanya.Malahan ia adalah karya seorang Sasterawan.Jadi kenapa sekarang perlu diubah?Memalukan mereka yang menulis dan mengangkat/memilih novel ini.
PARIA?kita telah dengar lama dulu lagi...sememangnya rakyat Malaysia ini telah didedah dengan sejarah perkataan ini dari kecil lagi.Kaum India kini telah moden dan tidak lagi pun meletakan status bangsa ini didalam sistem masyarakat disini.Yang bertanggungjawab adalah mereka2 yang menimbulkan perkara ini.Sedangkan mereka sendiri tidak pun membaca novel ini keseluruhannya.Orang lain berdemo mereka pun berdemo.Sedangkan 'kepala' demo ini mereka2 yang telah dipolitikkan dimana semua aktivitinya adalah demi mengaut keuntungan politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...